fbpx

Liga Super: Perak calar ego Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Negeri Sembilan, Miguel Angel Junco Martinez cuba melepasi kawalan pertahanan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Perak FC meraih kemenangan ketiga mereka dalam Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

Dua minit memasuki babak kedua, Perak memperoleh gol yang dicari mereka hasil sentuhan Clayton Da Silviera Da Silva yang mudah menyempurnakan peluang terhidang di gawang Negeri Sembilan.

Pelawat terus menyerang dan memperoleh peluang terbaik untuk menambah gol pada minit ke-63 apabila dianugerahkan sepakan penalti, namun peluang itu gagal dimanfaatkan oleh ketua pasukan, Luciano Guaycochea.

Sehingga tamat perlawanan, keputusan kekal sekali gus Perak meraih tiga mata di gelanggang lawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI