fbpx

‘Kecil hati dikata gemuk, lebih baik sebut mengandung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN AZIZ

KUALA LUMPUR – “Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk”.

Demikian luahan hati artis versatil, Zulin Aziz tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia menganggap kata-kata orang yang menyangka dia hamil sebagai satu doa.

“Sejujurnya saya lebih kecil hati jika orang cakap saya gemuk.

“Sekurang-kurangnya jika mereka kata saya berisi sebab mengandung, saya gembira kerana anggap itu sebagai doa.

“Tak adalah nampak malu sangat sebab berat badan dah naik,” katanya ketika ditemui pada sidang media Muzikal Lawak Superstar 4 baru-baru ini.

Ditanya adakah dia tidak kisah sekiranya ada yang memegang perutnya dengan menyangka bahawa dia sedang berbadan dua, kata Zulin dia tidak kisah.

“Saya tiada masalah. Mungkin mereka teruja. Kadang-kadang mereka cuma nak jadikan topik untuk memulakan perbualan. Saya pun jadi lebih semangat untuk buat anak.

“Kadang-kadang nak beritahu mereka yang saya tak mengandung takut kecewakan mereka pula.

“Jadi saya biarkan sahaja. Saya anggap sahaja diri saya sedang mengandung walaupun ketika itu saya sedang datang bulan,” katanya sambil ketawa.

Bercakap soal kerjaya seni, agak lama juga bintang yang bakatnya dicungkil menerusi program Pilih Kasih itu menyepikan diri.

Tahun ini Zulin kembali menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 bergandingan dengan Chiwan dan Niezam Jentik Jentik menerusi kumpulan Zuara.

“Sebenarnya banyak kali Astro tawarkan untuk sertai tetapi saya tolak kerana fokus kepada perniagaan. Malah untuk tahun ini pun pada mulanya saya tidak mahu sertai.

“Tetapi ada seorang artis yang berjaya memujuk saya. Artis itu ialah Sharifah Shahirah. Chiwan minta bantuan dia. Kerana dia saya sertai program ini.

“Kata Kak Shiera, saya dah lama ‘tidur’ sampai dah nak tepu dah. Betul juga apa dia cakap kerana program ini bukan berlangsung setiap hari. Rasanya ini juga masa yang sesuai untuk saya buat kemunculan semula takut kalau terlalu lama nanti orang akan lupa,” jelasnya.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 yang menyaksikan 10 kumpulan bakal berentap bersiaran di saluran Astro Warna bermula 22 September depan. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI