fbpx

39 rumah amal dipercayai milik GISBH dalam radar PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kanak-kanak yang berjaya diselamatkan dari rumah amal menerusi Op Global baru-baru ini.

 

PETALING JAYA – Sebanyak 39 lagi rumah amal di seluruh negara dipercayai milik syarikat GISB Holdings (GISBH) kini berada dalam radar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mengenai tindakan lanjut yang akan diambil terhadap premis berkenaan.

“Sebanyak 39 lagi rumah amal dalam radar Polis Diraja Malaysia susulan siasatan berhubung dakwaan eksploitasi dan penderaan kanak-kanak,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tindakan serbuan terhadap 20 rumah amal menerusi fasa kedua baru-baru ini adalah hasil pemantauan pihaknya selama enam bulan.

Beliau berjumpa wakil dari Pusat Penyelidikan Ajaran Sesat (Pukas) sejak enam bulan lalu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

“Merekalah yang memberikan maklumat awal kepada kami yang memudahkan pemeriksaan semula pelbagai laporan polis yang dibuat terhadap GISBH,” ujarnya.

Ini termasuk satu laporan yang dibuat oleh bekas ahli GISBH dari Negeri Sembilan yang kemudiannya ditarik balik.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan baharu dan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

“Seksyen itu menetapkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang bertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak untuk meninggalkan, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada bahaya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

“Wanita itu juga memberi polis petunjuk yang boleh dipercayai dan boleh diambil tindakan,” jelasnya.

Susulan perkara itu, ia membolehkan polis memulakan fasa pertama “Op Global” dengan bantuan Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI