fbpx

143 ketua bahagian UMNO enggan kerjasama dengan Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini. - Foto oleh AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Seramai 143 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara enggan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah hasil dapatan daripada tinjauan yang dilakukan menerusi kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO.

“Sebagai Presiden UMNO, saya menghormati jika keputusan 143 ketua bahagian itu kemudian dijadikan usul secara rasmi di peringkat perwakilan bahagian, ertinya itu adalah usul yang harus dikaji dan diterima oleh UMNO pusat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, semua usul itu nanti akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertiinggi (MT) UMNO yang kemudian akan membuat ketetapan sama ada akan menerimanya atau tidak.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh MT nanti harus diterima dan dihormati oleh semua Ahli Parlimen UMNO sama ada yang menyandang jawatan dalam kerajaan atau tidak, sebagai keputusan parti.

Ditanya jika MT menerima usul tidak bekerjasama dengan Bersatu bermaksud semua Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau menjawab, segala usul bahagian adalah usul rasmi yang akan diputuskan oleh MT untuk dibawa atau ditapis dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti.

“Jadi, MT akan melihat berapa jumlah sebenar usul tidak mahu bekerjasama yang dibuat secara rasmi oleh bahagian parti seluruh negara,” katanya.

Mengenai dakwaan ada usaha daripada pihak parti Bersatu membeli ahli UMNO, Ahmad Zahid berkata, ia adalah kajian dan dapatan kajian yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Tentunya kenyataan beliau itu mempunyai asas dan fakta setelah beliau sendiri melakukan kajian itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI