BAKU – Bintang McLaren, Lando Norris menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengecewakan Max Verstappen dalam perebutan gelaran dunia Formula 1 (F1) meskipun mereka berkawan baik di luar trek.
Norris yang merupakan pemandu utama McLaren, mengakui bahawa persahabatannya dengan juara dunia dua kali itu tidak akan menghalang cita-citanya untuk mengejar kejuaraan dunia selepas fokus utamanya adalah kemenangan.
“Saya mahu mengalahkannya. Walaupun kami berkawan baik di luar litar, itu bukan alasan untuk memberinya laluan ketika bertarung di atas litar. Di dalam trek, kami bukan kawan, tetapi musuh. Saya menghormati Verstappen, namun saya mahu kemenangan ini menjadi milik saya,” kata Norris
Meskipun Verstappen memiliki kelebihan 62 mata ketika saingan hanya berbaki lapan pusingan musim ini, Norris percaya peluang masih terbuka, lebih-lebih lagi dengan prestasi McLaren yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Tambahnya, kelebihan yang sebelum ini dimiliki oleh Red Bull kelihatan semakin pudar sekali gus memberi harapan kepada Norris untuk terus menekan Verstappen.
“Saya mahu membuktikan diri sebagai pesaing serius. Di atas litar, rasa hormat tidak akan melemahkan keinginan saya untuk menang,” tambahnya. – AGENSI