fbpx

Gaji siling bukan penyelesaian – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN FC antara pasukan yang terpaksa ‘gulung tikar’ ekoran gagal menampung perbelanjaan pasukan dan bebanan hutang gaji pemain. - FB TRW KELANTAN FC

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi mengakui sistem gaji siling bukan jalan penyelesaian untuk menghapuskan ‘barah’ kemelut kewangan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Menurut Rossi, meskipun sistem tersebut yang dikenali sebagai ‘salary cap’ turut dipakai di beberapa liga luar negara, ia tidak mudah untuk dilakukan dalam arena bola sepak tempatan.

“Saya fikir kita boleh ambil inspirasi daripada liga-liga lain. Namun, saya percaya setiap liga perlu mencipta (peraturan) tersendiri, bukan ‘copy’ (tiru) dan ‘paste’ (tampal) bulat-bulat.

“Secara jujur, (gaji siling) sangat sukar untuk dilaksanakan. Kenapa? Kerana setiap negara berbeza.

“Jadi, pada pandangan peribadi saya, kita perlu perkongsian dengan liga lain, dapatkan input dan selepas itu cipta sistem sendiri,” kata bekas Delegasi LaLiga di Malaysia itu.

Mengulas lanjut, pakar bola sepak kelahiran Itali percaya liga-liga utama lain rantau Asia Tenggara turut terbeban dengan masalah konflik gaji persis yang dialami di Liga M.

“Saya fikir semua liga menghadapi masalah, mungkin kita hanya baca berita (bola sepak) di Malaysia, tetapi kita tak ikuti perkembangan di Thailand dan Vietnam.

“Banyak benda yang berlaku di sini turut berlaku (di liga lain). Situasinya tidak banyak beza,” katanya.

Saingan pada Liga M pada tahun ini dilihat semakin parah apabila beberapa pasukan didakwa memiliki konflik kewangan yang teruk seperti Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman (KDA FC) yang mendapat liputan meluas.

Sebagai rekod, beberapa pasukan sebelum ini terpaksa ‘gulung tikar’ kerana gagal bersaing seperti Perlis, Melaka United, Sarawak United dan Kelantan FC kerana bebanan hutang gaji yang meruncing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI