KUANTAN – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad agak resah untuk melayan kunjungan skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam esok.
Fandi mengesahkan khidmat pemain naturalisasi, Sergio Aguero tidak dapat digunakan kerana digantung satu penggantungan selepas mengutip tiga kad kuning.
Katanya, ketiadaan penyerang berasal dari Argentina itu turut memberikan kesan terutama di bahagian serangan ketika skuad Tok Gajah amat memerlukan ketajaman di bahagian serangan.
“Aguero tidak dapat diturunkan kerana digantung. Oleh itu, saya harap pemain yang menggantikan tempatnya dapat beraksi dengan baik dan membantu pasukan mencatat kemenangan,” katanya kepada Kosmo!.
Kpah Sherman dijangka menjadi ayam tambatan Tok Gajah dalam usaha menjaringkan gol sekali gus cuba untuk mencuri tiga mata dari PDRM FC.
“Pemain perlu memanafaat segala peluang yang ada di hadapan gawang lawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE