KLUANG – Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di tempat permulaan perarakan di hadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Perarakan mengiringi calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah bermula pukul 8.15 pagi itu akan disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Hassan, Menteri Besar Johor dan Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Turut kelihatan adalah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Ghani, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta beberapa pemimpin BN dan Pakatan Harapan (PH).-KOSMO! ONLINE