fbpx

‘Begitulah orang lelaki, tahu makan je tapi tak tahu nama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat bapa-bapa meneka nama makanan setiap negeri.

PETALING JAYA – Gelagat beberapa orang lelaki berstatus warga emas yang gagal meneka nama-nama makanan tradisi setiap negeri dalam sebuah permainan ternyata telah menghiburkan hati pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran di aplikasi X oleh @daknuar_, kelihatan beberapa lelaki warga emas sedang beratur menunggu giliran untuk meneka nama makanan yang ditunjukkan pada skrin.

Bagaimanapun, ‘kegagalan’ mereka meneka nama makanan tersebut mengundang tawa daripada orang ramai di ruangan komen.

“Bapak-bapak mana tahu nama makanan. Nak cakap kuih seri muka pun sampai explain (terangkan), kuih ada dua tingkat atas dia hijau bawah dia pulut tu,” ujar Naila.

“Begitulah orang lelaki, dia tahu makan je tak tahu nama,” komen Maira.

Rata-rata mereka ‘terhibur’ dengan pelbagai ‘tekaan’ yang diberikan oleh sekumpulan lelaki warga emas tersebut kerana tiada satu pun yang betul dan tekaan tersebut amat menyimpang jauh dari nama asal.

“Kek lapis Sarawak jadi kek Amerika. Jauhnya pak cik,” komen Nissa.

“Pasembor tu jauh sangat rupa spaghetti pakcik,” kata Fatymah.

Sementara itu, kepada sesiapa yang tidak berjaya menamakan makanan tersebut dengan betul akan dicalitkan tepung ke muka mereka. Di dalam video tersebut, terdapat beberapa orang yang mukanya bertepung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI