fbpx

Sentiasa ceria, Nadia Brian terkejut Fazura nak bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Nadia Brian akui Fazura profesional apabila tidak menunjukkan tanda menghadapi masalah rumah tangga di set penggambaran. -Foto NURUL NAJWA HASRAN

PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut apabila mendapat khabar mengenai rakan artis, Nur Fazura memfailkan perceraian ke atas suami, Fattah Amin hari ini.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, berkata, aktres terbabit tidak mempamerkan sebarang reaksi stres atau berhadapan masalah peribadi ketika di set penggambaran drama yang mereka bintangi bersama-sama, akhir tahun lalu.

Katanya, sepanjang bekerjasama dalam pembikinan Lelaki Itu, aktres terbabit sentiasa tampil ceria dan menyelesaikan penggambaran dengan baik.

“Saya memang terkejut. Pada saya Fazura seorang yang profesional dan senang untuk bekerjasama. Dia okey ketika di set penggambaran sekitar November 2023.

“Sepanjang kami berlakon bersama dalam drama Lelaki Itu, dia dilihat seperti biasa dan tiada apa-apa tanda sedang mengalami masalah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nadia yang ditemui di sidang media Teater Kerana Percayakan Siti di sini hari ini turut berkata, sebagai rakan dia mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah.

Meskipun pernah bekerjasama, namun Nadia mengakui dia tidak mengenali pasangan pelakon itu secara rapat.

Saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Tiada pasangan yang mengharapkan rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian.

“Namun, hanya tuan badan saja yang mengetahui dan melalui perkara itu. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal muncul dalam pementasan teater Kerana Percayakan Siti pada 4 hingga 6 Oktober 2024 di Blackbox Damansara Performing Arts Centre(DPAC), Petaling Jaya.

Selain Nadia, teater arahan Afiza Asram turut dibintangi D’Boy Hamdan, Farah Ahmad, Shariah Sofia, Firdaus Karim, Swarna Naidu dan Anwar Rusdini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI