fbpx

Wanita jadi kurus selepas buru hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINZI sebelum dan selepas kurus. - Foto Kennedy News and Media

LONDON – Seorang ibu hilang hampir separuh berat badannya gara-gara dia memburu hantu, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Linzi Steer dari Sheffield, England sebelum ini mempunyai berat 88.90 kilogram, namun hilang hampir separuh berat badannya.

Rumah tangga ibu empat anak itu runtuh selepas 10 tahun hidup bersama suaminya.

Namun, Linzi menyatakan antara sebab utama  dia kehilangan berat badannya adalah kerana dia memburu hantu.

Pemburu hantu itu berkata, titik perubahan itu berlaku pada Ogos 2023 apabila dia melihat dirinya di cermin.

Dia  hampir tidak mengenali wajahnya yang sembab. 

Berazam untuk mengubah keadaan, Linzi menukar tabiat pemakanannya dan meningkatkan senaman hariannya, termasuk melakukan lebih banyak perburuan hantu yang dikongsinya di halaman paranormal Linzi’s Para Quest. 

Apabila berat badan mula berkurangan dan keyakinannya meningkat, Linzi mula menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang dikenalinya menerusi platform TikTok. 

“Saya tidak melakukan apa-apa diet yang  tidak munasabah. Saya makan secara sihat, saya suka buah dan sayuran. Saya minum banyak air. Ia mengekalkan kulit anda dalam keadaan yang baik,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI