fbpx

Saya maafkan dia – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Neelofa memaklumkan sudah memaafkan individu bernama Syamira Safiya yang telah memfitnah dia, Haris Ismail serta keluarganya dalam media sosial minggu lalu.

Pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu dalam InstaStorynya memberitahu, dia memaafkan wanita tersebut dengan seikhlas hati.

“Adik, awak masih muda, baru belasan tahun dan jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang pahit untuk dihadapi tetapi banyak hikmah yang tersirat.

“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah SWT menjagamu,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Sementara itu, perkongsian tersebut turut diulang siar oleh Haris dalam InstaStorynya.

Terdahulu, Syamira menerusi satu kenyataan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam semua platform media sosial miliknya dengan menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap Neelofa dan PU Riz.

Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp berkenaan hubungan Neelofa dan PU Riz serta beberapa perkara.

Tangkap layar InstaStory Neelofa yang turut dikongsi oleh PU Riz.

Sementara itu, perkongsian tersebut turut diulang siar oleh Haris dalam InstaStorynya.

“Saya setuju dengan pandangan awak, Neelofa,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Kosmo! pada 27 Disember 2020 lalu melaporkan Neelofa menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya sudah bernikah di Kelantan, terkena minyak pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Terdahulu, hubungan pasangan selebriti itu kecoh dalam media sosial selepas didakwa berantakan malah, ahli keluarga Neelofa juga turut memuat naik kata-kata berbaur sindiran dalam Instagram masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI