fbpx

Popular, kaya tapi busuk tengik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA figura ternama dunia yang memiliki bau badan tidak menyenangkan.

KEMASYHURAN, kekayaan serta status sebagai selebriti popular tidak menjanjikan kesempurnaan dalam segenap segi.

Di Hollywood, ada suara-suara sumbang tidak berkenan dengan bau kurang menyenangkan yang datang daripada fizikal beberapa bintang terkemuka kesayangan ramai.

Ada yang memiliki masalah bau mulut tidak berkesudahan, ‘aroma’ kaki menjengkelkan dan ada juga yang tidak percaya dengan kuasa deodoran mahupun minyak wangi.

Mereka selesa ‘hidup’ dalam dunia sendiri dan memandang enteng kritikan yang dilemparkan orang sekeliling.

HibGlam minggu ini merangkumkan Top 5 selebriti papan atas negara Barat mempunyai masalah bau badan atau anggota tubuh lain yang menjengkelkan individu sekitar mereka.

 

DONALD TRUMP

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini cukup dikenali menerusi program realiti, The Apprentice iaitu Donald Trump dikatakan memiliki bau badan yang sangat teruk.

Pelawak Kathy Griffin yang pernah bekerja dengannya mendedahkan, bau badan Trump sangat meloyakan ketika mereka bekerjasama dalam The Apprentice.

Paling terbaharu, bekas pengamal undang-undang, Adam Kinzinger menyifatkan bau badan Trump sama seperti bau ketiak, sos tomato dan punggung. Dia juga mendedahkan orang sekeliling Trump perlu memakai pelitup muka jika berada dekat dengan bekas Presiden AS disebabkan bau badan yang sangat tengik.

BRAD PITT

Brad Pitt antara idola Hollywood yang disayangi ramai, namun tidak semua orang ‘meminati’ bau badan bintang filem Babylon itu.

Menurut laporan tabloid The Enquirer, bekas isteri Pitt iaitu Angelina Jolie pernah merungut dengan bau lelaki itu. Katanya, baunya saling tidak tumpah seperti aroma minuman atau sup pelbagai bahan penyedap rasa yang disediakan di rumah (homemade).

Dikatakan, Pitt juga tidak gemar mandi kerana lebih selesa membersihkan badannya menggunakan tisu basah bayi atau baby wipes.

Perkara itu diketahui ramai ketika Pitt menjalani penggambaran filem Inglourious Basterds apabila memberikan alasan kepada pengarah menggunakan baby wipes lebih cepat dan tidak membuang masa.

ROBERT PATTINSON

Bintang utama filem Twilight ini antara aktor yang dikatakan sering membuatkan ramai berasa loya dengan bau badannya.

Seorang kru produksi The Twilight Saga: New Moon mendedahkan, pelakon yang cukup dikenali menerusi karakter Edward Cullen itu memang berbau busuk.

Dalam satu temu bual majalah Allure, Pattinson mengakui bau badannya seperti pensil krayon dan jarang menyembur cologne walaupun dia merupakan wajah pewangi ternama dunia, Dior Homme.

JOHNNY DEPP

Dia mungkin wajah wangian paling popular dunia iaitu Dior Sauvage, namun dalam kehidupan realiti Depp lebih ‘berbangga’ dengan bau badan semula jadi.

Bukan seorang tetapi ramai rakan pelakon mengakui bahawa Depp merupakan antara bintang Hollywood yang ada masalah bau badan paling meloyakan.

Kebanyakan mereka menzahirkan rungutan terutama mengenai bau mulut Depp yang sangat busuk kerana ada masalah ketagihan alkohol.

Ketika menjalani penggambaran filem The Tourist, Angeline Jolie yang ketika itu perlu melunaskan babak bercium dengan Depp memaksa pelakon itu menggunakan ubat kumur (mouthwash) dan gula-gula berangin (mint).

Depp juga dikatakan tidak suka mandi dan dia tidak percaya bahawa selalu masuk bilik mandi sebagai satu cara kebersihan diri.

SHIA LABEOUF

Penari dan pelakon, Maddie Ziegler yang membintangi muzik video (MV) LaBeouf berjudul Elastic Heart pernah memaklumkan aktor itu enggan membasuh tangannya yang kotor serta menjijikkan.

Menurut laporan Daily Mail, seorang sumber yang enggan identitinya diketahui berkata, LaBeouf pernah tidak mandi selama seminggu dan tidak menjadi masalah buat aktor yang cukup dikenali menerusi filem Transformers itu.

LeBeouf juga pernah membuatkan para pelakon filem Fury tersinggung apabila tanpa rasa bersalah mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi di hadapan orang ramai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI