fbpx

“Haji Hadi dia seorang sahaja kuat” – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dikerumuni orang ramai selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kg Desa Putra di Sungai Merab, dekat sini hari ini.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan tuduhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pimpinan Melayu-Islam dalam kerajaan lemah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menyindir Abdul Hadi sebagai individu yang berasakan dirinya sahaja yang tidak lemah dan kuat.

“Tak mengapalah. Haji Hadi (Abdul Hadi) dia seorang sahaja kuat. Biarlah,” katanya ketika ditemui pemberita
selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kg Desa Putra di Sungai Merab, dekat sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi mendakwa, pemimpin Melayu-Islam dalam kerajaan tiada keupayaan “menyebabkan Islam tiada kehebatan.”

“Sehingga kita saksikan berlakunya isu-isu yang sangat mendukacitakan. Isu-isu orang bukan Islam berani bercakap attack Islam, berani bercakap perkara orang Islam Yang mutakhir ialah isu murtad, halal dan haram,” dakwa Abdul Hadi.

Beliau dilaporkan membuat dakwaan itu ketika menyampaikan amanat sempena Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI