PETALING JAYA – Kucing bukan hanya mampu merasai emosi tetapi juga mengubah tingkah laku mereka selaras dengan rutin dan gaya hidup pemilik.
Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), kucing cenderung menjadi lebih perhatian dan penyayang apabila pemilik mereka mengalami kesedihan atau tekanan.
Ini menunjukkan bahawa kucing mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti perubahan emosi dalam persekitaran mereka dan bertindak balas dengan cara yang menyokong.
“Sebagai contoh, kucing yang tinggal dengan pemilik yang lebih aktif dan kerap bergerak mungkin menjadi lebih lincah, manakala kucing yang tinggal dengan pemilik yang lebih pasif cenderung menjadi lebih tenang dan kurang aktif,” katanya.
PHM turut menjelaskan jika si ‘bulus’ kelihatan malas, kerap tidur dan mempunyai tingkah laku yang aneh, ia mungkin kerana mereka mengikuti tingkah laku pemilik. – KOSMO! ONLINE.