fbpx

Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani LoU diantara MyIPO dan WIPO bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia secara rasminya menyertai pangkalan data ‘WIPO Alert Data Sharing Platform’ yang dikendalikan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) iaitu sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, penyertaan Malaysia itu menandakan satu langkah penting ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.

“Sebagai tanda komitmen Malaysia terhadap usaha ini, hari ini saya hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) diantara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland.

“Dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Armizan, WIPO Alert merupakan satu platform dalam talian dibangunkan oleh WIPO untuk membantu agensi penguatkuasaan memuat naik dan mengakses senarai laman sesawang yang dikenalpasti melanggar hak cipta.

“Melalui perkongsian maklumat ini, Malaysia dapat memperkukuhkan usaha dalam menangani pelanggaran hak cipta di platform digital, sekaligus melindungi pemilik harta intelek.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara, tetapi juga memudahkan proses dan tindakan yang sedia ada dalam memerangi cetak rompak digital serta kandungan pengiklanan tanpa kebenaran,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, Armizan memberitahu, sepanjang tempoh 2018 hingga 2024, sejumlah 4,084 sekatan laman sesawang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN dengan kerjasama MyIPO dan agensi-agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI