fbpx

Ronaldo cipta sejarah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO menjadi atlet sukan pertama memiliki pengikut seramai 1 bilion di semua media sosial. - AFP

RIYADH – Pemain sensasi kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo terus melakar sejarah baharu apabila menjadi atlet sukan pertama yang meraih lebih satu bilion pengikut di semua laman media sosial rasmi miliknya semalam.

Ronaldo yang kini mewaki kelab Al Nassr sudah mempunyai lebih 100 juta pengikut di laman X, 600 juta di laman Instagram, 170 juta di laman Facebook dan kini menambah angka tersebut selepas mendapat 60 juta pengikut di Youtube.

Pemain berusia 39 tahun itu mengakui sukar untuk percaya dengan apa yang berlaku kerana bukan mudah untuk popular sehingga berada hingga ke tahap ini.

“Akhirnya kita berjaya mencipta sejarah dengan meraih lebih satu bilion pengikut di semua laman sosial. Jumlah ini bukanlah sekadar angka sebaliknya bukti betapa saya serius untuk berkongsi minat dalam bola sepak.

“Secara jujur, saya hanyalah budak jalanan di Madeira, Portugal yang memiliki impian untuk menggegar dunia. Kini, saya bukan sahaja bermain demi keluarga, tetapi buat semua lebih satu bilion pengikut saya di seluruh dunia.

“Terima kasih kerana sentiasa memberi motivasi serta menjadi sebahagian daripada hidup saya. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh dan harap kita dapat mengecapi lebih banyak kejayaan nanti,” katanya.

Ronaldo yang membuat debut profesional pada tahun 2002 pernah mewakili beberapa kelab elit Eropah seperti Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Baru-baru ini, kapten pasukan Portugal itu turut melakar sejarah menjadi pemain pertama mencetak lebih 900 gol dalam kancah profesional. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI