fbpx

Kes baharu bawah 2,000, 11 kematian dicatat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu kembali melaporkan angka di bawah 2,000 dengan 1,704 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,726 kes iaitu lebih tinggi daripada kes baharu dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 97,218 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 1,699 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat 11 lagi kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 494 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 124 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI