fbpx

[VIDEO] Sharifah Shahira terkandas di Raub akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SHAHIRA kini berada di Ulu Dong, Pahang kerana bercuti bersama keluarga di tanah miliknya.

PETALING JAYA – Artis versatil, Sharifah Shahira berdepan pengalaman terkandas akibat banjir di Raub, Pahang namun kini berada dalam keadaan selamat.

Shahira yang lebih mesra disapa sebagai Shiera ketika dihubungi Kosmo! memberitahu insiden tersebut berlaku ketika dia bersama beberapa ahli keluarganya sedang bercuti di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang.

“Alhamdulillah sekarang kami selamat walaupun terkandas, cuma masalahnya bekalan air dan elektrik dah terputus.

“Nasib baik semalam sudah pergi ke pasar raya untuk beli bekalan makanan. Harap air banjir ini cepat surut,” katanya sepatutnya dapat pulang ke Kuala Lumpur tetapi perlu bermalam di Raub sehari lagi akibat banjir.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan kebimbangan kepada keselamatan anak-anaknya sekiranya banjir tidak surut.

“Risau budak-budak, banjir kali ini lain macam. Tadi memang panik tetapi sekarang sudah okey sebab air di sini semakin surut,” ujarnya.

Terdahulu, Shiera dalam satu perkongsian memuat naik sebuah video yang memaparkan dia terkandas di atas sebuah jambatan selepas kedua-dua arah jalan keluar ditenggelami banjir.

Shiera turut menulis: “Kami dipulaukan, terkepung”.

Beberapa jam sebelum itu, penyampai radio Sinar FM berkenaan turut memaparkan situasi air deras di kawasan sekitar kediamannya.

Difahamkan, pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad turut berada di sana bersama keluarganya. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI