fbpx

Pekerja ladang ditemui dalam mulut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JHL Sabah menembak mati seekor buaya membaham seorang pekerja ladang di Sungai Matamba, Jalan Silabukan pagi tadi. - Foto bomba

LAHAD DATU – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menembak mati seekor buaya yang membaham pekerja ladang di Sungai Matamba, Jalan Silabukan di sini pagi tadi.

Mayat mangsa, Rusdi Tambah, 45, yang merupakan warga Indonesia ditemukan di dalam mulut reptilia tersebut. Mangsa dikatakan sedang memancing di tepi sungai sebelum disambar buaya.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday berkata, buaya itu dikesan berada di kawasan sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar.

PGO menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.07 pagi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, buaya sepanjang 4.6 meter masih kelihatan di sungai berkenaan kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar.

“JHL Sabah seterusnya melepaskan lima das tembakan ke arah buaya. Anggota bomba kemudian turun ke sungai untuk mengambil mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI