fbpx

Pearly-Thinaah ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah mencatat kemenangan 21-16, 21-14 ke atas wakil tuan rumah pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah memperagakan aksi cukup baik di Terbuka Hong Kong selepas menempah tiket ke pentas suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong sebentar tadi.

Pada kejohanan bertaraf Super 500, Pearly-M.Thinaah dilihat tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-14 dalam tempoh 30 minit.

Bagaimanapun, Pearly enggan selesa dengan kemenangan tersebut dan tekad perbaiki beberapa kesilapan mudah untuk tampil lebih solid perlawanan esok.

“Ya, saya rasa semasa set kedua, kami mendapat kemenangan yang agak besar. Jadi, kami masih cuba menyesuaikan diri dan mencari momentum di atas gelanggang. Jadi, kami berharap perlawanan esok akan lebih baik.

“Secara keseluruhan, kami gembira dengan prestasi hari ini. Tetapi tidak boleh dikatakan berpuas hati kerana masih banyak kesilapan mudah yang kami lakukan.

“Seperti yang saya katakan, kami masih perlu mendapatkan momentum di gelanggang,” kata Pearly kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Hasil kemenangan tersebut, pasangan negara itu akan bertemu beregu pilihan kelapan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi esok bagi penentuan ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI