PETALING JAYA – Gelagat seorang ayah yang ‘bangga’ dapat merakam anak perempuanya menaiki pentas untuk menerima skrol akademik mencuit hati pengguna media sosial kerana dia tersalah merakam anak orang lain.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Tik Tok, video berdurasi 17 saat yang bertajuk ‘kakak, ayah dapat record kakak sampai turun pentas tau’ itu menunjukkan seorang gadis sedang berjalan di atas pentas untuk menerima skrol akademik dan berlalu turun.
“Record dah cantik ayah tapi kakak yang belakang tu,” ujar gadis terbabit apabila menyedari bahawa gadis yang dirakam oleh ayah dengan ‘bangga’ itu adalah bukan dirinya.
Hantaran ini telah mendapat sebanyak 600,000 tontonan dan 1,202 komen daripada orang ramai yang rata-rata terhibur dengan ‘kecomelan’ bapa gadis tersebut.
“Warna tudung hampir sama, spek sama, style tudung sama. Saya faham pakcik, saya faham,” komen Piyoman.
“Cuba tanya ayah yang depan tu. Mungkin ayahnya salah juga rekod anak yang dibelakang,” kata Kenobi.
“Masalahnya berderet tiga tu lebih kurang sama je semua,” komen Faa. – KOSMO! ONLINE.\
@user232425263712record dah cantik ayah tapi kakak yang belakang tu😭