fbpx

Haruan makan anak sampai bersalin dijel 72 tahun, 60 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh selepas didakwa atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang buruh memperkosa zuriatnya sehingga melahirkan bayi lelaki tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara selama 72 tahun dan dikenakan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas tertuduh ynag berusia 46 tahun membuat pengakuan bersalah atas enam pertuduhan yang dihadapinya.

Lelaki itu didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tanpa kerelaan dan tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau berkahwin dengannya.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini pada pukul 1 hingga 10 pagi antara Januari dan Oktober 2023.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli memohon satu hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa merupakan anak kandungnya.

“Perbuatan tertuduh ke atas mangsa juga menyebabkan anaknya hamil sehingga melahirkan anak lelaki,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan memandangkan anak-anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang sebagai bapa.

“Saya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya ingin kembali kepada anak-anak dan mahu membimbing mereka,” katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman tersebut berjalan secara berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani rehabilitasi dan kaunseling ketika berada di penjara selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI