fbpx

Lemah otot lepas menikmati makanan berbeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANG mengalami kesukaran berjalan lepas menikmati makanan barbeku. - Foto Weibo

BEIJING – Seorang pelajar kolej mengalami kesukaran berjalan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kesukaran bernafas selepas menikmati makanan barbeku.

Pelajar berusia 18 tahun   yang dikenali sebagai Wang  itu akan memasuki Universiti Maritim Guangzhou di  China.

Namun, dia mengalami demam dan cirit-birit selepas mengadakan majlis barbeku bersama rakan sekelasnya pada bulan lalu.

Melalui pemeriksaan saraf, doktor mendapati Wang mengalami kesukaran untuk mengangkat anggota badannya. 

Walaupun cirit-biritnya bertambah baik, dia mula lemah pada anggota badannya. 

Seminggu kemudian, dia mengalami kesukaran berjalan.

Doktor kemudian mendapati dia menghidap Sindrom Guillain-Barre (GBS) berdasarkan sejarah kelemahan ototnya yang berkembang selepas  jangkitan gastrousus.

Bagaimanapun, selepas 10 hari menerima rawatan, dia dibenarkan keluar dari ICU selepas ototnya beransur-ansur kembali kuat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI