fbpx

Syamsul dah pulang ke rumah Yusof Haslam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila dikatakan sudah pulang ke pangkuan keluarganya selepas beberapa tahun tidak bersua muka.

Perkara tersebut mula menjadi bualan netizen selepas ibunya, Datin Patimah Ismail memuat naik foto bersama suaminya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul dipercayai di pekarangan kediamannya.

Menerusi foto tersebut, Syamsul dilihat berpakaian serba hitam dan memeluk kedua ibu bapanya.

Tidak cukup dengan itu, Patimah berkongsi sekeping lagi foto yang memaparkan bekas isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana turut bergambar bersama.

Dalam foto itu, Syamsul dilihat mendukung anak perempuannya Sumayyah sementara Puteri Sarah pula tersenyum dan berdiri antara Patimah dan Yusof.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada momen dalam foto tersebut berlaku hari ini atau sebaliknya.

Terdahulu, Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang dan berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan mPuteri Sarah hingga membawa kepada perceraian.

Konflik tersebut seterusnya berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sebelum ini, Yusof mengakui sudah reda dan berlapang dada sekiranya Syamsul tetap berdegil pulang ke kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI