fbpx

Jambatan Palekbang akan beri impak besar di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAPA Mohamed ( kiri) dan Ahmad Yakob semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan semula masjid Kampung Laut dan jeti di Tumpat hari ini. FOTO : ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Pembinaan Jambatan Palekbang-Kota Bharu yang akan bermula pada suku ketiga tahun ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Kampung Laut dan kawasan sekitar termasuk daerah ini pada masa akan datang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hal ini bertepatan dengan pengistiharan Kampung Laut sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Apabila Jambatan Palekbang ini siap, kita yakin Kampung Laut akan menjadi tarikan pelancongan yang ikonik di negeri ini.

“Pada masa yang sama, Projek Pembangunan Kampung Laut turut dijangka memberikan impak positif kepada aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dalam membuat makanan tradisonal terutamanya serunding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatab ke tapak projek pembangunan Kampung Laut Fasa 1 di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan Ahli Parlimen Tumpat.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pembinaan jambatan keempat di Kelantan itu menelan belanja berjumlah RM250 juta dijangka siap sepenuhnya pada November 2023 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, jambatan itu menjadi alternatif terbaik untuk ke Tumpat sekali gus mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama menerusi Jambatan Sultan Yahya Petra.

Ahli Parlimen Jeli yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, projek pembangunan Kampung Laut fasa 1 berjumlah RM40 juta sudah 73 peratus siap.

Katanya, fasa 2 pula akan bermula pada Januari tahun depan.

“Antara komponen utama projek ini adalah pemindahan semula Masjid Kampung Laut yang berusia 300 tahun ke tapak asalnya di Kampung Laut.

“Semua projek dibawah RMK12 ini diselia oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI