fbpx

Kanak-kanak rumah amal didakwa tidak bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril (tengah) ketika ditemui pemberita di Kampung Sri Aman, hari ini. M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

PUCHONG – “Tak pernah nampak mereka (kanak-kanak atau remaja) itu pergi sekolah”.

Demikian kata seorang penduduk Shahril Mokhtar, 46, berhubung aktiviti kanak-kanak dan remaja yang menghuni rumah amal sebuah syarikat di Kampung Sri Aman, di sini.

Menurut Shahril, penghuni rumah amal itu juga dilihat jarang bergaul dengan masyarakat dan penduduk tempatan.

“Mereka lebih gemar membuat aktiviti dalam pekarangan rumah amal dan hanya nampak mereka keluar sekali-sekali untuk pergi ke kedai membeli barang tapi tak pernah berbual,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki yang enggan dikenali mendedahkan beliau pernah berhadapan situasi sama ketika menjadi pentadbir sebuah sekolah di Rawang sebelum ini.

Beliau mendakwa, kanak-kanak rumah amal telah diberhentikan sekolah bagi menjalankan aktiviti perniagaan.

“Ketika saya jadi pentadbir sekolah sebelum ini, ada beberapa remaja perempuan berusia 16 tahun bersekolah di tempat saya. Namun, mereka hanya datang sekolah tiga hari sahaja.

“Kita kemudian ada hubungi organisasi tersebut tapi akhirnya mereka diberhentikan sekolah dengan alasan untuk berniaga,” jelasnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan sebanyakk 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI