fbpx

‘Kami terkejut rumah amal ini ditutup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rumah amal milik sebuah syarikat terkemuka yang diserbu polis. -Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

PUCHONG – Penduduk Kampung Sri Aman, di sini mengakui terkejut apabila melihat rumah amal sebuah syarikat terkemuka ditutup selepas diserbu polis, pagi tadi.

Menurut seorang penduduk, Shamsuri Omar, 65, perkara itu disedari selepas melihat kenderaan ‘Black Maria’ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di hadapan kedai miliknya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah amal berkenaan.

“Saya baru pulang dari solat subuh, terkejut tengok kenderaan polis berada di depan kedai dan melihat kanak-kanak di rumah amal dibawa oleh anggota polis.

“Saya difahamkan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Shamsuri berkata, terdapat hampir 80 kanak-kanak dan remaja perempuan menghuni rumah amal terbabit yang dipercayai beroperasi sejak tahun 2004.

Seorang lagi penduduk, Shahril Mokhtar, 46, memberitahu, pada mulanya dia mendengar khabar angin ada orang meninggal dunia di premis tersebut.

“Selepas itu, saya dapat tahu ada operasi polis membawa penghuni untuk diselamatkan. Pada pukul 12 tengah hari, operasi membawa keluar penghuni selesai dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, terdapat sebuah lagi penempatan dipercayai milik syarikat tersebut yang terletak tidak jauh dari rumah amal terbabit.

Katanya, penempatan di situ dipercayai dihuni oleh golongan kanak-kanak dan remaja lelaki.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati rumah amal tersebut masih mempunyai penghuni dan dilengkapi dengan kemudahan untuk menunggang dan menternak kuda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI