PETALING JAYA- Semua lorong di laluan arah Timur Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) dibuka untuk semua kenderaan.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata, bagi laluan arah Barat, hanya satu lorong iaitu lorong laju sahaja yang dibuka.
Terdahulu, Laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 1) dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditutup selepas dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
Menurut kenyataan Anih Berhad, laluan sepanjang satu kilometer di Kilometer 198 LPT1, antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang dinaiki air sedalam 0.6 meter.- K! ONLINE