fbpx

MAHA 2024 diserbu pada hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung yang hadir pada hari pertama pembukaan MAHA di MAEPS, Serdang semalam.

SERDANG – Hari bekerja bukan menjadi penghalang kepada orang ramai untuk datang pada hari pertama penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.

Selain pameran jualan bara­ngan berkaitan pertanian, MAHA kali ini turut menampilkan MAHA global sempena 100 tahun penganjurannya.

Ia juga mempamerkan 14 pavilion negeri, floating market, pertunjukan formasi muzikal air, glamping dan motorhome serta persembahan Magical At Night.

Rata-rata pengunjung me­nyatakan tidak sabar menunggu penganjuran MAHA kerana mereka berpeluang mendapat pelbagai informasi mengenai teknologi pertanian terkini.

Siti Aisyah Basri, 23, berkata, dia pertama kali datang dan dapat melihat pelbagai hasil pertanian yang menarik.

“Banyak informasi baharu, contohnya ada perkongsian benda dan ilmu baharu. Selain itu, makanan dijual juga menarik.

“Jadi saya berhasrat untuk datang lagi ke sini, mungkin boleh bawa keluarga pula,” katanya.

Ain Ayunni Muhammad, 31, pula berkata, dia pertama kali berkunjung ke MAHA selepas tertarik dengan poster promosi terutama di papan iklan di sekitar lebuh raya.

“Saya teruja MAHA mempu­nyai pelbagai pameran seperti peralatan berkebun, pokok-pokok dan jualan berkaitan pertanian,” katanya.

Johariah Jamaludin, 60, berkata, dia pernah mengunjungi MAHA sebelum ini dan menyifatkan ia sentiasa ditambah baik.

“Saya rasa acara ini bagus dan rakyat Malaysia harus datang ke sini. Saya lihat ada reruai yang menyediakan peluang pekerjaan, ada yang berkongsi maklumat dan informasi industri pertanian dan sebagainya,” katanya.

MAHA 2024 yang bermula semalam hingga 22 September ini dengan tema menuai harapan membina masa hadapan me­nyasarkan tiga juta pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI