fbpx

Rumah amal syarikat terkemuka diserbu polis – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan serbuan ke atas beberapa rumah amal milik sebuah syarikat terkemuka. Foto oleh FACEBOOK

PETALING JAYA – Beberapa rumah amal milik sebuah syarikat terkemuka diserbu polis di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, sejak malam tadi.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan susulan laporan yang diterima polis berkait organisasi terbabit yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan serbuan berkenaan ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Terdahulu, serbuan tersebut tular di media sosial apabila ia dikesan orang awam dengan mendakwa melihat pihak berkuasa menyelamatkan kanak-kanak dari rumah amal berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI