fbpx

Kecewa tapi tetap hormat keputusan mahkamah – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisyam (kiri) ketika ditemui selepas prosiding kes, hari ini.

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta.

Peguam utama Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata meskipun kecewa dengan keputusan itu, pihaknya tetap menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Dengan keputusan itu Muhyiddin akan kembali semula ke Mahkamah Sesyen (Kuala Lumpur) yang mana kita akan melaporkan keputusan prosiding hari ini.

“Kami akan mengkaji lagi alasan yang diberikan oleh COA (Mahkamah Rayuan). Kami memerlukan masa untuk mengkaji penghakiman berkenaan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil dan apakah jalan perundangan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes.

Terdahulu Muhyiddin gagal dalam permohonannya untuk menyemak dapatan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan tersebut.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi selepas menolak permohonan Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Yasin, 77, selaku pemohon.

Justeru dengan keputusan itu, empat pertuduhan Muhyiddin akan dikembalikan semula ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 juta, kesemua­nya berjumlah RM232.5 juta yang diterima daripada tiga buah syarikat dan seorang individu bagi Bersatu.

Kesemua perbuatan itu di­dakwa dilakukan di Pejabat Per­dana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseku­tuan, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI