fbpx

Eyka Farhana tak datang stadium, Akhyar main huru-hara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYKA Farhana menjadi sasaran netizen yang mendakwa sebagai punca Akhyar kurang bersemangat beraksi pada final Pesta Bola Merdeka, Ahad lalu.

PETALING JAYA – Mempunyai urusan kerja di New York, Amerika Syarikat, Instagram pelakon Eyka Farhana dihujani komen netizen yang mendakwa pelakon itu sebagai punca pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid kelihatan longlai di padang ketika beraksi melawan pasukan Lebanon dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka.

Ketiadaan kekasih hati di stadium, persembahan penyerang pasukan kebangsaan itu didakwa kurang memuaskan apabila tidak menunjukkan prestasi cemerlang dan tidak bersemangat ketika pasukan Malaysia bermenentang Lebanon di gelanggang sendiri, Ahad lalu.

“Patutlah Akhyar huru-hara main semalam, rupanya buah hati jauh di negara orang, ini semua salah awak Eyka,” komen netizen itu.

“Teruk betul permainan dan aksi Akhyar semalam, macam ada sesuatu yang tidak kena, rupanya sebab buah hati tak datang stadium,” tulis pengguna media sosial lain.

“Patut Akhyar tak boleh skor semalam, buah hati jauh,” kata seorang pengikutnya.

Terdahulu, peminat bola sepak meluahkan rasa kecewa apabila Akhyar yang juga pemain sayap kebangsaan tampak lemah ketika perlawanan tersebut meskipun meraih kemenangan.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menundukkan Lebanon 1-0 pada aksi akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI