fbpx

[VIDEO] Wanita cedera diserang memerang di taman Tanjung Aru Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar wanita yang cedera diserang memerang ketika beriadah di Perdana Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, pagi ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita dilaporkan cedera dipercayai diserang sekumpulan memerang ketika beriadah di Perdana Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Sabah Info, beberapa keping gambar memaparkan keadaan wanita tersebut yang mengalami kecederaan akibat digigit di kepala, lengan dan kaki.

Tulis hantaran itu ketika kejadian, mangsa dan dua rakannya sedang berjoging sebelum diserang secara tiba-tiba oleh oleh sekumpulan memerang dari arah belakang.

“Melalui maklumat yang dikongsikan, mangsa dan rakan-rakan juga tidak melakukan sebarang provokasi terhadap kumpulan haiwan itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa telah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah bagi mendapatkan rawatan.

Semakan Kosmo! di platform media sosial lain juga, tular beberapa video memaparkan insiden tersebut serta kecederaan yang dialami oleh wanita terbabit.

Haiwan spesies mamalia itu juga difahamkan sememangnya sudah hidup lama di tasik berkenaan dan menjadi salah satu tarikan buat pengunjung yang hadir.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut dan berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI