fbpx

Taufan Yagi: 22 maut, puluhan hilang tanah runtuh di utara Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan jalan-jalan di Yen Bai ditenggelami air akibat Taufan Yagi semalam. - AFP

HANOI – Satu kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh banjir kilat ekoran Taufan Yagi mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang di utara Vietnam dan menyebabkan 73 lagi hilang, lapor media pemerintah hari ini.

Seramai 128 orang tertimbus dalam bencana itu di Kampung Nu, wilayah Lao Cai, semalam, kata beberapa laporan. Sekurang-kurangnya 30 orang diselamatkan tetapi masih ramai yang  hilang.

Yagi melanda Vietnam pada hujung minggu lalu, membawa angin melebihi 149 kilometer sejam dan hujan lebat yang menyebabkan banjir yang tidak pernah berlaku sejak beberapa dekad, demikian menurut penduduk tempatan.

Tanah runtuh berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan kerja-kerja menyelamat sukar, lapor akhbar Tuoi Tre sambil menambah, tiada internet di kawasan itu serta lalu lintas terputus.

“Pihak berkuasa sedang menggerakkan pasukan untuk mendekati kawasan tanah runtuh bagi meneruskan pencarian mangsa yang selamat,” kata ketua parti daerah Hoang Quoc Bao.

Tanah runtuh itu berlaku ketika berpuluh-puluh ribu orang terpaksa meninggalkan rumah mereka semalam, dengan ramai yang terkandas di atas bumbung dan menyiarkan rayuan mendesak untuk mendapatkan bantuan di media sosial. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI