fbpx

Keganasan siber cabaran Korea Selatan, perlu kerjasama antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tujuh dari kanan) bersama Duck-Soo (sembilan kanan) pada sesi perasmian sesi Dialog Pertahanan Seoul 2024 yang diadakan di Seoul, hari ini.

SEOUL, KOREA SELATAN – Korea Selatan mengakui republik itu berdepan pelbagai cabaran seperti keganasan siber yang menyebabkan berlakunya beberapa gangguan, seterusnya memerlukan pengukuhan kerjasama bersama pihak antarabangsa dalam menanganinya.

Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-Soo menerusi ucapan perasmian Dialog Pertahanan Seoul 2024 berkata, cabaran yang wujud itu dilihat tidak dapat ditangani semata-mata menerusi pertahanan negara, sebaliknya memerlukan usaha bersama pihak antarabangsa.

“Kami menghadapi pelbagai cabaran termasuklah keganasan siber yang yang menyebabkan gangguan seperti ‘deepfakes’, maklumat salah akibat berita palsu, bencana dan penyakit berjangkit.

“Memandangkan kemunculan pelbagai ancaman itu tidak dapat ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, maka mengukuhkan usaha masyarakat antarabangsa menjadi satu tugas kritikal,” katanya di sini, tadi.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan antara barisan menteri daripada lapan negara antarabangsa yang dijemput bagi menyertai Dialog Pertahanan Seoul 2024 yang memasuki edisi ke-13 tahun ini.

Bertemakan ‘Meneroka Cabaran Keselamatan dan Kerjasama Antarabangsa, Dialog Pertahanan Seoul 2024 menetapkan sasaran untuk mencapai kemajuan setara menerusi perbincangan mengenai dasar keselamatan yang dihadiri lebih 900 delegasi daripada 64 negara.

Mengulas lanjut, Han turut mengecam Korea Utara yang mengabaikan kebebasan dan hak asasi rakyatnya dengan menumpukan kepada pembangunan haram dan pemodenan peluru berpandu nuklear.

“Korea Utara telah menjalinkan kerjasama strategik rapat dengan Rusia, baik daripada segi ketenteraan mahupun ekonomi.

“Korea Utara telah menimbulkan ancaman kepada keselamatan, bukan sahaja di Semenanjung Korea tetapi juga di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, menerusi sesi Dialog Pertahanan Seoul 2024, Mohamed Khaled turut dijadualkan membuat kunjungan hormat kepada Menteri Negara (Hal Ehwal Pertahanan) Emiriah Arab Bersatu, Mohammed Mubarak Fadel Al Mazrouei.

Pada masa sama, Mohamed Khaled turut dijadualkan membuat kunjungan hormat kepada Menteri Perolehan Program Pertahanan Korea Selatan, Seok Yong Gun.

Sesi kunjungan hormat itu turut melibatkan pertemuan empat mata bersama Menteri Pertahanan Nasional Korea Selatan, Kim Yong-Hyun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI