fbpx

Pemilik suara watak Naruto, Sailor Moon meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHINOHARA yang merupakan pemilik suara dalam anime Sailor Moon meninggal dunia. - Foto Sailor Moon

TOKYO –  Pemilik suara bagi sejumlah watak ikonik termasuk dalam siri anime Sailor Moon dan Naruto, meninggal dunia pada usia 61 tahun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Emi Shinohara atau nama sebenarnya Emiko Watanabe meninggal dunia Ahad lalu.

Laman web rasmi agensinya, 81 Produce, berkongsikan berita sedih itu dan memberitahu bahawa Shinohara menghembuskan nafas terakhir dengan aman walaupun telah menjalani rawatan perubatan. 

“Dukacita dimaklumkan bahawa pelakon kami, Emi Shinohara meninggal dunia dengan tenang pada usia 61 tahun pada 8 September 2024 selepas bertarung dengan penyakit walaupun menerima rawatan perubatan. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan kepada mendiang semasa hayatnya dan dengan rendah hati mengumumkan kematiannya,” kata kenyataan tersebut.

Suara Shinohara digunakan untuk watak Makoto Kino dalam Sailor Moon, Kushina Uzumaki (Naruto Shippuden), Kaho Mizuki (Cardcaptor Sakura), Ophelia (Claymore) dan banyak lagi.

 Suaranya juga digunakan dalam filem asing yang dialihkan suara dalam bahasa Jepun untuk penonton tempatan seperti watak Dorothy dalam The Wizard of Oz dan Mathilda dalam Leon.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI