fbpx

Tunggu kami di pintu syurga ya anakku – Bapa Al Fateh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fikry berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham Muhammad Al Fateh di Facebooknya, semalam.

PETALING JAYA – “Daddy mummy rindukan gelak tawa Muhammad Al Fateh Amri. Tunggu kami di pintu syurga nanti ye anakku. Di akhirat nanti boleh bawa daddy mummy masuk syurga sama-sama. Al Fateh main la dulu dengan anak-anak syurga yang lain”.

Itulah luahan yang dikongsikan bapa kepada bayi lapan bulan yang meninggal dunia sewaktu berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak, Alor Gajah pada 6 September lalu.

Bapa, Mohd. Fikry Abdul Halim, 39, menerusi hantaran di Facebooknya semalam, meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi  pinjaman selama lapan bulan sebelum cahaya mata yang dinanti selama 13 tahun itu dijemput Ilahi.

“Allah pinjamkan Al Fateh kepada kami untuk 8 bulan. Kami sangat bersyukur. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi menjadi asbab untuk kami jadi lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, coretan hati yang dikongsikan Mohd. Fikry turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain apabila masing-masing menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian zuriat pertamanya bersama isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39.

“Salam takziah tuan dan akak. Walaupun kadang-kadang rasa ucapan ‘takziah’ itu tak dapat hidupkan balik pun arwah. Tetapi, insya-Allah, masa akan mengatasi segalanya. Tuan kena selalu ada dengan akak (isteri),” kata Zurul Afinaz.

“Salam takziah tuan, ujian yang berat buat tuan dan keluarga. Moga berkat kesabaran menjadi asbab Allah membukakan jalan seluasnya ke syurga tertinggi buat tuan sekeluarga, insya-Allah,” ujar Sufian Md Lepi.

Terdahulu, seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula 7 September selepas disyaki menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taska di Taman Kelemak, Alor Gajah pada 6 September lalu.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek berusia 34 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI