fbpx

Taman Tasik Seksyen 7 kembali dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam yang sebelum ini ditutup bagi operasi menangkap buaya.

SHAH ALAM – Taman Tasik Seksyen 7 yang sebelum ini ditutup bermula pukul 8 malam sejak 4 September lalu, kini dibuka semula kepada orang awam.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Mohd. Azhar Mohd. Sharif berkata, keputusan pembukaan itu bermula semalam selepas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan tiada lagi sebarang spesis buaya di dalam tasik berkenaan.

“Perkara itu dipersetujui Datuk Bandar Shah Alam dengan aktiviti rekreasi orang awam di tasik itu kembali seperti biasa,” katanya di sini, hari ini.

Kosmo! pada 4 September lalu melaporkan kawasan sekitar Taman Tasik Seksyen 7 di sini ditutup sementara bermula pada pukul 8 malam hingga 7 pagi bagi tujuan operasi penangkapan buaya.

Buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat 15 ke 20 kilogram akhirnya ditangkap pada hari sama dan pemantauan berterusan dilakukan Perhilitan Selangor bagi memastikan taman itu bebas daripada buaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI