fbpx

Warga emas maut langgar lubang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mangsa maut akibat terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas akibat terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Ho Yan Fee, 75, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

“Mangsa terlanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya melalui satu ciapan memaklumkan laluan tempat berlaku kemalangan itu merupakan selian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI