fbpx

Jaga anak-anak ketika musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Zakaria melawat beberapa kediaman di Pasir Gudang yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak dua hari lalu.

PASIR GUDANG – Masyarakat khususnya golongan ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan anak-anak mereka khususnya yang masih kecil ketika bencana banjir melanda sebahagian negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, peringatan itu penting kerana kanak-kanak suka bermain air ketika banjir berlaku.

Ujarnya, perkara itu perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada perkara tidak diingini yang berlaku.

“Sementara itu, masyarakat yang menetap di kawasan berhampiran pantai dinasihatkan supaya berhati-hati kerana keadaan air pasang dijangka akan berlaku di beberapa daerah negeri ini.

“Keadaan itu dijangka akan memburukkan lagi situasi banjir ketika ini, khususnya melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan sebanyak 600 pek makanan kepada mangsa banjir di Kampung Plentong Baru, Masai di sini hari ini.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi, air pasang dijangka berlaku di Tanjung Sedili pada pukul 1.43 pagi dan 11.30 pagi dengan ketinggian 261meter (m) dan 196m, di Johor Bahru pada pukul 2.23 pagi dan 1.44 petang (312m dan 321m) dan Kukup pada pukul 1.53 pagi dan 1.23 petang (268m dan 365m).

Setakat pukul 12 tengah hari hari ini, bilangan mangsa banjir di Johor terus bertambah dengan keseluruhan melibatkan 6,248 orang daripada 1,628 keluarga.

Tambah beliau, kejadian air pasang besar biasanya akan mengakibatkan limpahan air di kawasan daratan dan mungkin menyebabkan banjir di lokaliti yang berhampiran dengan laut.

“Johor menerima taburan hujan yang banyak sejak dua hari lalu, ini akan membahayakan lagi kawasan yang berisiko banjir,” ujarnya.

Sementara itu, Che Zakaria turut memaklumkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di Taman Dahlia di sini kini dibuka selama 24 jam sehari berikutan beberapa kawasan di Pasir Gudang telah dilanda banjir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI