fbpx

‘Kita ekori 10 minit sebelum pintas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan.

SABAK BERNAM – Tindakan sebuah bot nelayan Indonesia menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar negara ini berjaya dikesan sebelum ditangkap di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya Pantai Sekinchan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.12 tengah malam itu berjaya menahan 35 PATI termasuk tekong bot berusia 18 hingga 50 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada komuniti maritim bahawa terdapat sebuah bot nelayan asing sedang bergerak keluar dari perairan Sekinchan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, setiba dilokasi didapati terdapat sebuah bot nelayan Indonesia tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan gelap.

“Kita mengekori bot tersebut selama 10 minit sebelum berjaya dipintas dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasilnya mendapati bot tersebut dikendalikan tekong warga Indonesia. Manakala 30 penumpang lelaki dan empat wanita sedang duduk berhimpit di bawah dek bot tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka didapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Abdul Muhaimin memaklumkan siasatan awal mendapati 34 PATI tersebut membayar antara RM1, 000 hingga RM2, 700 bagi perkhidmatan sindiket berkenaan.

Beliau menjelaskan, bot bersama kesemua PATI yang ditahan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan juga Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI