fbpx

F1: Verstappen kibar ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gagal menang dalam enam perlumbaan lalu menyebabkan kedudukannya sebagai pendahulu saingan kini terancam untuk memburu gelaran dunia. - AFP

LONDON – Juara dunia tiga kali, Max Verstappen membuat kenyataan mengejut apabila mengakui bahawa kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini ‘tidak lagi di tangannya’ selepas gagal menjelamakan sebarang kemenangan dalam enam perlumbaan.

Pelumba Red Bull itu tidak meraih sebarang kemenangan sejak Grand Prix (GP) Barcelona pada bulan Jun dan lebih mengecewakan dia gagal untuk menempatkan dirinya berada di podium selepas Charles Leclerc (Ferrari) meraih kemenangan di GP Monaco.

Keadaan semakin mencabar buat Verstappen, lebih-lebih lagi apabila McLaren kini dilihat mempunyai jentera terpantas di litar selepas Lando Norris hanya ketinggalan 62 mata di belakangnya dengan baki lapan perlumbaan.

Meskipun Red Bull telah melakukan beberapa naik taraf pada jentera RB20 dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ia tidak membawa peningkatan prestasi yang diharapkan sekali gus menambahkan tekanan buat pelumba Belanda untuk memburu gelaran dunia keempat berturut-turut.

“Saya hanya berusaha melakukan yang terbaik. Sama ada saya menang (gelaran dunia) atau tidak, ia tidak akan mengubah hidup saya.

“Sudah tentu saya ingin memenanginya (gelaran dunia), tetapi ia bukan di tangan saya dengan prestasi kereta ketika ini. Saya hanya cuba memberikan maklum balas dan berusaha menjadikan jentera 2024 ini lebih laju,” katanya.

Verstappen juga mengakui bahawa harapannya untuk mengulangi kejayaan seperti musim lalu adalah sesuatu yang sukar dicapai, namun dia tidak menjangkakan prestasi mereka akan turun dengan drastik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI