fbpx

Bot tempatan upah nelayan Myanmar secara haram ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima nelayan termasuk empat warga Myanmar yang ditahan APMM pada kedudukan kedudukan kira-kira 20.37 kilometer dari perairan Kemaman semalam.

KEMAMAN – Tindakan sebuah bot nelayan tempatan mengupah empat awak-awak asing secara haram membawa padah apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman dekat sini semalam.

Bot terbabit ditahan pada kedudukan kira-kira 20.37 kilometer dari perairan Kemaman pada pukul 10.11 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Ariffin Ghazali berkata, pemeriksaan mendapati hanya tekong warga tempatan manakala empat awak-awaknya pula warga Myanmar.

“Kesemua nelayan asing yang berusia dalam lingkungan antara 39 dan 54 tahun terbabit tidak memiliki permit kerja sah.

“Ia sekaligus melanggar syarat lesen menangkap ikan di perairan negara yang dikeluarkan Jabatan Perikanan,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, APMM terus merampas 1.2 tan hasil laut dan 4,000 liter minyak diesel daripada bot terbabit.

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959.

“APMM akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI