fbpx

Lelaki bantu tampal tayar motor pancit dapat ‘balasan’ RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu terbabit menunjuk sekeping not RM50 yang diterimanya sebagai balasan membantu menampal tayar seorang penunggang motosikal baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal yang membantu penunggang lain menampal tayar bocor menerima ‘balasan’ yang tidak dijangka sebanyak RM50.

Dalam satu perkongsian di akaun Facebook Minyak Hitam Jalanan Original, penunggang motosikal itu yang juga penjual minyak pelincir telah berhenti untuk membantu seorang lelaki yang tayarnya pancit.

“Aku pun dah siap betulkan tayar itu, dia beri RM50. Aku cakaplah RM10 pun sudah cukup, sebab saya pun sekali jalan nak balik. Kau tahu dia cakap apa?.

“Dia cakap saya tolong dengan ikhlas, jadi dia pun beri duit itu dengan ikhlas. Rezeki saya katanya,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Tindakan tersebut mendapat pujian ramai yang menghargai keikhlasan dan kebaikan kedua-dua penunggang motosikal tersebut.

“Kita ni satu saja, kalau kita ikhlas buat sesuatu benda kerana Allah, pasti Allah beri lebih ganjarannya.

“Saya sentiasa pegang prinsip ni. Macam abang lah, ikhlas dalam berniaga. Semoga murah rezeki abang sekeluarga. Aamiin,” kata Ismail Mat Ali.

“Jangan risau pada rezeki Allah. Sedekah dan tolong menolong itu pasti berbalik semula berganda-ganda. Itu janji Allah. Teruskan berbuat baik, brother,” komen Wan Azzaruddin Wan Mahmud. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI