GURU dilihat sebagai kerjaya profesional kerana sebelum seseorang itu dilantik, mereka perlu melalui proses pendidikan yang terdiri daripada empat elemen utama. Elemen tersebut merangkumi pengetahuan bidang ilmu, kemahiran pedagogi dan amalan kemahiran insaniah yang merangkumi aspek komunikasi, personal, interpersonal, penyelesaian masalah, kepimpinan, etika serta profesionalisme. Selepas dilantik, seseorang guru itu akan melaksanakan tugas melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan perancangan sistematik dari aspek pendekatan, strategi, kaedah serta teknik bagi menyampaikan kandungan kurikulum. Proses tersebut diikuti dengan pentaksiran dan penilaian yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya