fbpx

Anwar ucap takziah pemergian Raja Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga blogger, Allahyarham Raja Petra Kamarudin yang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di laman social rasmi Perdana Menteri itu, Anwar turut mendoakan agar arwah diberi keampunan oleh Allah dan berharap agar keluarga Allahyarham bertabah dalam menempuh ujian berat ini.

“Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput ilahi malam tadi di Manchester, UK.

“Saya turut berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah,” tulis Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI