fbpx

Lebih 2,000 peserta terima manfaat program Proper A MAIPk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHIZAN (berdiri, dua dari kiri) bersama Rosdziah (berdiri, tiga dari kiri) bergambar bersama peserta Kursus Gunting Rambut Lelaki dan Wanita 2024 di sini hari ini.

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam memperkasakan ekonomi dan taraf hidup golongan asnaf di negeri ini melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A).

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Rohizan Omar berkata, sejak program itu dilaksanakan pada 2016, lebih 2,000 peserta telah dilatih dan dibimbing oleh penyedia latihan yang dilantik MAIPk.

Katanya, dalam tempoh sembilan tahun itu juga, lebih RM20 juta diperuntukkan untuk melahirkan usahawan asnaf sekali gus membawa mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Program ini dirangka khusus untuk membantu peserta mengembangkan bakat dan kemahiran mereka yang boleh digunakan dalam bidang perniagaan.

“Hasil daripada perniagaan itu, bukan sahaja dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan melalui sara diri dan keluarga malah pada akhirnya menjadi sebahagian daripada pembayar zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Kit Permulaan Perniagaan Kepada Peserta Proper A Bagi Kursus Gunting Rambut Lelaki dan Wanita 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI