PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, enam negeri tersebut adalah Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Perak (Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Sabah di Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna),” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE