fbpx

Isteri menangis lihat UFO bercahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH UFO muncul di langit Choteau pada waktu malam, Jumaat lalu. - Foto Reddit/PoneThePoon

WASHINGTON  –  Seorang lelaki di sebuah pekan dalam negeri Montana merakam penampakan objek terbang tidak dikenal (UFO) dan berkongsi video mengejutkan tersebut di laman Reddit, lapor laman berita MailOnline semalam.

Isterinya dilihat menangis dalam klip video tersebut.

Video itu dirakam pada Jumaat lalu antara pukul 10.10 hingga 10.15 malam (waktu tempatan). Ia menunjukkan sebuah objek bercahaya berkelip-kelip melintasi langit malam yang cerah.

Objek itu terbang di langit pekan Choteau yang mempunyai sekitar 1,700 penduduk.

Pada mulanya, lelaki itu dan isterinya menganggap UFO  itu sebagai sebutir meteor. 

“Malam Jumaat lalu, saya dan isteri sedang duduk di geladak untuk melihat bintang,” katanya yang menggunakan nama PoneThePoon.

Menurutnya, selepas pukul 10 malam (waktu tempatan), isterinya bertanya sama ada cahaya itu adalah sebutir meteor. 

“Pokok berhampiran menghalang pemandangan menyebabkan saya bangun untuk melihatnya. 

“Kami berdua melompat dari geladak dan bergegas ke halaman rumah untuk pemandangan yang lebih baik,” katanya.

Isterinya menangis selepas melihat cahawa misteri itu berada di langit selama beberapa minit sebelum hilang dari pandangan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI